|
|
| Sunday, 3-Dec-2006 05:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perlus Waterfall Night Trip 2~3 Dec 2006
|
|
Perlus Night Trip
17.00pm Last man arrive (dalam hati menyumpah2)
18.00pm Start treking from renjer.. ikut jalan belakang
19.00pm Port kat hujung dam sambil tunggu azan Maghrib
19.30pm Start masuk ke pintu rimba
21.00pm ~23.00pm Unrecorded
00.00am Simpang
01.30am Arriving Perlus Waterfall - setup campsite - BBQ
15.00pm Treking keluar
17.00pm Sampai hujung dam lepak sambil mengutip hasil tangkapan
19.00pm Balik ke rumah masing2
Trip malam ni 1st time aku buat.. so mesti ada yang tak kene punya. Aku pon minta mahap lah kat geng2 yg pergi, sesungguhnya ianya adalah diluar jangkaan.
Alhamdulillah.. semua peserta selamat pergi dan pulang, tanpa sebarang insiden. Penat, sakit kaki, sakit pinggang tu biasa lah.. dah adat rekreasi.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 11-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
XPDC Korbu-Gayong-Korbu August11-14 '06
|
|
"Macam mana korbu... jadi tak..mmmmm.... jadi kot. Kalau jadi kita buat gayong skali.. rugi ooo cuti. Ok gak tuh, yang lain macam mana? Diaorang mesti ikut je tuh" Antara dialog aku ngan jebat.
Tiket dah beli ration dah beli, cuma orang lum sampai2 lagi nak naik keretapi. last2.. 4 orang terpaksa ditinggalkan berikutan disiplin kurenggg... diaorang naik kereta sendiri sampai ipoh. Baru kul 2 a.m... mus tak sampai lagi (tokeh 4wd) kita pi pekena teh dulu kat medan kid. 3 a.m gerak ke intake pakai 4wd mus. Yang belakang tuh, tebal muka bila berenti kat traffic light, pasal kene kerumun ngan budak2 mat rempit tengah merempit.
Dalam kul 4 a.m kami sampai kat jambatan besi. Masing2 belayar sambil menunggu siang hari. Eh..bangun wei... kata nak gerak kul 8. Ada satu lagi group baru tiba seramai 30 orang. Kami memberi laluan kepada mereka untuk gerak dulu... hampeh je semua tuh.. last2 kul 10 baru nak gerak, itu pon sempat berposing atas jambatan besi dulu.
Setelah meredah kebun kelapa sawit dan belukar... rasanya dlm 1 jam lebih, ada port best cross sungai. kat sini jumpa ngan group tadi. Jadi, kami pong beriyadah ler kat situ sambil main air.. .. pastu kami memberi laluan lagi 1/2 jam kepada group depan. Eh.... jumpa lagi setengah jam sebelum kem gajah. Pastu kami gerak lagi 1/2 jam lagi dari kem gajah untuk lunch pasal group 30 org lunch kat situ. Tengah relek2 lepas lunch sampai terlentok pon ada.
1 jam lepas group 30 org jalan baru kami gerak utk terus sampai ke air terjun sungai senooi dimana campsite utk hari pertama. group pertama sampai lebih kurang jam 5 pm di lokasi tersebut. Jam 6 pm kami bergerak lagi 10 min ke puncak view setelah mengisi air di LWP. Layan view ipoh dan sunset.. perrghhhh.... subhanAllah. Keadaan cuaca yang amat baik menceriakan suasana. 7.30pm dinner...
8.00 am bangun dan sarapan (punyalah disiplin) Geng 30 orang tu kul 8.30 dah tinggalkan kami yg tengah breakfast nih. Last2 kul 10 jugak gerak... disiplin.... 1 jam mendaki tiba di air terjun. Kat sini aku jumpa balik ngan group 30 org tuh.
Bersambung......
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Jul-2006 02:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Air Terjun Perlus, Hulu Langat
|
|
Lokasi: Air Terjun Perlus, Hulu Langat, Selangor.
Tarikh: 29 & 30 Julai 2006
Peserta: 10 + 2
29hb.
0300 Bertolak ke ranjer
0400 Sampai dan tidor.... (Jebat, Sid, Jay, Ahsun, Apis)
0800 Bersiap sedia, packing, b/fast, tunggu peserta (Jahd, En. Amir, Lin, Kacang, Rina)
1000 Start trekking dari ranjer
1100 Sampai di rumah pump empangan hulu langat
1200 Start trekking hutan dari empangan
1500 Tiba di campsite air terjun perlus. Apa lagi... setup campsite, tiruk, memancing.. dll.
30hb.
0300 Tutup kedai kopi... tidorr....
0800 B/fast sambil bermain air.
1200 Lunch time... tetiba 2 orang muncul... sampai jugak mamat nih (Min & Cik Leey)
1500 Start trakking keluar... lepas hujan lak tu.. perrghhh... apa akan berlaku kat bukit terbunuh tu nanti.
Power slide, power surf sudah tentu...
1700 Sampai di empangan sambil mengira hasil tangkapan...
1900 Makan & minum di Dusun Tua
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Jul-2006 11:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bukit Tabuh East (V.2)
|
|
Dari jam 8am aku dah ada kat melawati utk breakfast sorang2. Lepas b/f aku gerak ke starting point kat batang paip besar tu lah. Jebat dah stretching kononnya dah nak mula panjat. Bila aku sampai, rupa2 nya baru 2 orang jer, aku ngan jebat. So.. tunggu lagi lah. Sambil tunggu, cal lah member2 yg lain sapa nak folo. Setelah puas menunggu, si Lia dan Adi sanggup menemankan kami.
Mak aiii... dah kul 11 baru nak gerak. Uuiihh mau masak rentung kat atas nih. tapi apa nak buat... redah jer lah.So.. 11.15am kami mula memanjat, pada awalnya trek ada tali.. lawa jer tali gayut2 menyambut kedatangan pendaki..he...he.. Baru 10 min panjat dah ada pankin. 1 pankin 10 dan lagi satu pankin 15 (dah patah, lia buat). Mula2 dah mencanak sampai ke campsite 1 (ada bekas ungun api). Dalam perjalanan selama 1 jam tu ada port yg best seperti Batu Rehat (ada banner tergantung) dan Batu Termenung (menghadap Bkt Tabuh & Dam Klang Gate).
Selepas sejam mendaki, trek mula berubah kepada batu-batuan turun naik. Memang berbeza sedikit ngan Bkt Tabuh nye trek. Rasa-rasanye 1.5 kali ganda azabnye dari Bkt Tabuh. Kami selamat sampai di last checkpoint dimana perlu memanjat menggunakan tali lebih kurang 50 meter menegak.
Keadaan di last checkpoint tidaklah menarik mana pun. Bak kata pendaki "tak berbaloi dengan usaha" tapi disebabkan utuk menghabiskan xpdc... redah je lah. Bayangkan kami ditengah-tengah puncak batu, kiri-kanan gaung, takde pokok untuk berteduh pada jam 1 petang, matahari tengah terpacak atas kepala..peerrrgggghhhh... rasa macam dalam microwave.
Lepas zohor, kul 2 baru gerak turun. Lama gak lepak kat situ sambil sunburn.. .. air pun habis dah kene balun, lepas ni turun takyah minum lagi lah jawabnye..... ..
Turun kejap je..kul 3 dah sampai bawah kat paip besar. Lekas2 pergi ke parking, cari air dalam kereta. Tak sempat nak salin2 dah, terus ke kedai cendol...aahhhh lega dapat makan cendol.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Jul-2006 09:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
eXpedition Gunung Suku
|
|
1 julai 7.30 pagi...perrrgg, kisah sakit hati bermula. Ni pasal "Van Sewa" nye cerita la. Dah jan 12.30 tengahari baru transportation problem selesai..
Peserta mental parah Sid, Ipat, Yunus, Jay, Fit, Hani. Selamat sampai di Simpang Pulai jam 2 ptg, makan dulu kat gerai. Lepas kekenyangan bertolak ke starting point. Jam 3.30 ptg start trekking. Nah ambik obat, canak tahap cipan...
45min trekking dah ada yang terputus urat kentut, terlentang atas batang balak...keh..keh...keh..koh.. pengalama... 1jam setengah jumpa LWP selepas puncak 100plus (banyak botol 100plus). Trek sememangnya mencanak sampai sudah. Tambah lagi 1jam setengah sampailah puncak Gunung Suku. Kat puncak ada simpang, kiri pergi puncak dan kanan ke camp site. Tepat 6.30 pm kami meraikan kejayaan di puncak.
Alangkah indah menikmati matahari terbenam ... subhanAllah, indahnya ciptaan-Nya. Sementara menunggu gelap baik masak dulu, menu:western food...cantekk... setelah semua makanan dihidang rupanya dah dekat kul 8 pm. Makan dan kemas sekejap. 8.15pm start turun. Tak sampai sejam jumpa satu group tengah menyusahkan diri... hakelettt, pur rupanya, kah...kah...kah and the geng.
Sampai bawah kat parking jam kul 10.15pm Oklah... 11pm balik ke K.L dengan ketiadaan lampu kenderaan... seksa oooo... harapkan lampu kecik jer yang ada.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Jun-2006 02:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gunung Batu Putih "The Great White Stone"
|
|
Pernah ke terfikir pasal Gunung Batu Putih ni... Sebenarnya tak terpikir lagi, baru dengar-dengar cerita pasal gunung yang penuh mistik. Tetapi dengan penyediaan mental yang kental, maka ... ok! ON!. Fizikal nombor 2, yang penting mental kene ready.. 8 jam sehari, panjat 2 hari. Turun 8 jam non-stop pasal nak lepas cabang Y sebelum gelap, kata ketua operasi.
Seramai 20 orang (Jebat, Sid, Min, Jay, Gk, Ipat, Kacang, Bro Zain, Ahsun, Hapis, Fazli, Lia, Daboom, Fit, Hani, Shy, Rina, Amoi & Guide Rob, Pur) telah manyakitkan badan dan kaki untuk menyahut cabaran Batu Putih. Hari pertama bermalam di Gua Azan tempat yang dikatakan bermistikus cinta.. ..... kami start jam aku pong lupa la.. sampai Gua Azan lebih kurang jam 10 malam.. Esoknya jam 11.30 pagi baru gerak ke puncak. Lunch jap kat Batu Kak campsite. Matahari atas kepala je rasanya, tapi kabus penuh berlalu lembut menutup puncak. Batu Kak lebih kurang 1650 m a.s.l ada lebih kurang 2000 kaki lagi nak panjat.
Last water point! Memang tak sanggup aku nak cerita, tepi kene jugak lah... Ini semua angkara "Budak Klang". Ada pulak diaorang bikin satu trek baru yang memang nak bunuh orang. Tapi bukan salah mereka dan keluarga mereka.. mereka tak perasan existing trek pasal ada pokok tumbang yang menutup selekoh ke kanan, jadi mereka ingat trek tu terus ke bawah. Yang lain turun kemudia pun terjebak sama lah sliding ke bawah. Dlm hati aku berkata "macam mana aku nak naik balik dengan bawak air 10 gallon nih" Apa nak buat ... panjat je lah...
1800 hour, aku menapakkan kaki dipuncak. Team 1 dah sampai dulu, aku & jay lewat 10 minit je, 15 minit kemudian team 2 sampai dan 30 minit seterusnya ketibaan peserta yang terakhir. Maka, semua peserta selamat sampai ke puncak... Alhamdulillah, syukur....
Malam macam biasa lah, merapu, menipu, mengutuk, gelak sakan... Esoknya lepas sarapan, team pertama gerak jam 11 pagi, dan diikuti team 2 dan sweeper. LWP, berhenti sambil tunggu yang lain. Setelah berbincang ngan guide, kami meneruskan lagi perjalanan kerana timeframe terlalu ketat, Team 1 gerak dulu untuk mengejar ke cabang Y. 1730 hour kami telah melintas cabang Y dengan peserta seramai 8 orang pertama. Air semakin deras dan besar akibat hujan lebat pada jam 1700 tadi. Pada jam 1800 satu team lagi sampai seramai 3 orang sahaja. Air sedang mengganas dan bantuan telah diberikan. Sempat juga kami bermandi-mandian di sini sambil menunggu yang lain.
Tunggu punya tunggu punya tunggu.. tak muncul-muncul lagi. Team pertama decide untuk keluar dulu ke pos kuala woh seramai 11 orang. Setalah makan dan lepak (rehat) Guide cakap "kalau pukul 10 mereka tak sampai, kita rescue".. aku set je. Pukul 12.00 pagi, kami menyediakan team rescue: Rob, Jay, Hapis dan Aku sendiri. Sambil berbekalkan capati 10 keping dan roti canai 3 keping, kami masuk semula dan melintas di cabang Y yang separuh surut dan masih deras dan bahaya. Setelah tiba di seberang terlihat cahaya headlamp.. Alhamdullilah kata aku. Rupa-rupanya mereka terkandas sewaktu air sedang menggila dan terpisah dengan team lagi satu. Team di cabang Y seramai 5 orang dan 4 orang missing. Kami meneruskan lagi pencarian 4 orang lagi. Setelah malintas sungai dan dua anak sungai maka terlihat kilauan lantern... Alhamdulillah, mereka selamat dan sedang tidur dengan nyenyak sekali.
Setelah dipersetujui, Team Rescue akan keluar semula dan meninggalkan Rob untuk membantu mereka esok. Kami keluar pada 5 pagi seramai 3 orang. Punyalah suspen aku duduk depan, tak sampai 20 minit dah sampai di pos kuala woh. Apalagi bersihkan diri, tidooorrrrr...
Seperti biasa aku bangun paling lewat. Mereka semua telah selamat keluar. Setelah bersiap, kami meninggalkan pos kuala woh lebih kurang jam 2 petang... Sebagai orang terakhir sekali pasal aku yang bawa van balik, tepat jam 10 malam aku sampai rumah.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-May-2006 09:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bukit Tabuh West
|
|
"hello....sid,, esok gi bkt taboh jom.." aku dapat panggilan dari jebat. Aku pong ikut jelah. Pagi lepas packing air ngan cokelat, berangkat ler ke klang gate. Wah ...ramainye kali ni..., wah... ada kamera, ini sudah bagus. Selama nih lupa bawak kamera..he...he..he. Ada juga lah kenangan kat bkt tabuh nih.
Apalagi... jalannn.... panjat la sampai carpet. Hah...tadi aku bungkus nasi lemak lauk paru... makannn... Seronok gi ramai2 nih.. banyak sangat kerenah manusia...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-May-2006 04:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BabyKiKo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Apr-2006 05:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gunung Nuang, Pangsun, Hulu Langat
|
|
"Gerak kul berapa wei..." "kul 12 mesti sampai sana" itulah yang dijanjikan... hampeh.... kul 12.30 pagi masih lagi kat cheras nak angkut budak. Setelah mengelentong group yg dah lama tunggu kat renjer tu, sampai juga akhirnya di renjer nuang. Sesi gelak sakan sambil menge'pack' barang2.
Lets go bebeh.. aku melangkah di hadapan mengepalai rombongan ke Lolo sambil berbekalkan touch lite yang baru aku beli kat uptown.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Mar-2006 03:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hutan Lipur Berkelah
|
|
Trip Bekelah, Maran, Pahang.
Setelah aku menyahut pelawaan Awi (Ketua Operasi) yang tidak ku kenali, cuma berhubung melalui phone dan e-mail sahaja. Maka aku pun berangkat pergi ke terminal putra gombak untuk berkumpul. Sebagai orang baru dalam group nih, aku cuma mampu tersenyum dan ketawa melihat telatah kawan2 baru ku..
Kami bertolak jam 1 pagi dan sampai aku pun tak tau pasal aku tidooo.. tau-tau dah sampai .. aarrggghhhhh... mengeliat sakan. Gerai sri berkelah pon dah ramai orang sampai, ada yg tido, makan, becinta, termenung... haw...haw...haw... Sebenarnya aku terkezut gak. Mana taknye 1st time aku gi dulu jangan kata orang.. gerai pon tak bukak 24jam lagi. Turun bas kuantan, melepek ket pagar rumah TNB tu sampai cerah.. pastu meranduk sungai..perrggghhh...nasib baik muda lagi.
Kami bersarapan sambil berborak, pembahagian ration dan macam2 lagi lah
|
|
|
|
|